Negara perlu terus berusaha melahirkan graduan anak tempatan untuk mengisisi profesion tinggi dalam bidang pertahanan dan keselamatan.
Itu titah Yang Di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada istiadat konvokesyen ke-11, sidang pertama, Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) di Pusat Dagangan Dunia hari ini.
Titah Seri Paduka Baginda, pihak seperti upnm perlu terus meneroka ilmu terbaharu bagi melahirkan barisan pemikir negara.